Setelah Rasulullah wafat , semua sahabat Rasulullah betul
betul rasa kehilangan dan sangat sedih. salah seorang sahabat Rasulullah yang
berasa demikian ialah BILAL BIN RABAH r.a.. selepas kewafatan Baginda, Bilal
terus berhijrah ke Syam (sekarang SYRIA). Ini gara-gara kerana beliau yang
sangat sedih . Pernah ada suatu hari tu, waktu Saidina Umar Al Khatab jadi
pemerintah, bertanya kepada para sahabat. "Di mana Bilal ?" dan
sahabat menjawab, "Ya Amirul mukminin, Bilal ada di Syam"
Pada suatu hari, Bilal telah bermimpi Rasulullah yang macam
beri petanda untuk Bilal menziarahi Baginda di Madinah. kemudian, Bilal pun
berangkat ke Madinah semula. Sampai sahaja di Madinah, Bilal berjjumpa para
sahabat kan. Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar Al khattab ni pun menyuruh
Bilal melaungkan azan memandangkan bumi Madinah sudah lama tidak dihujani suara
azan Bilal. Tetapi, apakan daya, Bilal menolak permintaan mereka . Para sahabat
mengerti akan perasaan Bilal yang tidak mampu melaungkan azan sepertimana yang
pernah beliau laungkan azan untuk Rasulullah waktu dulu. setiap sudut, setiap
ketika, kenangan bersama Rasulullah sentiasa bermain di fikiran Bilal.
(ada satu sumber ni menyatakan, ketika zaman Rasulullah
masih ada, sebelum Bilal naik ke menara masjid utk laungkan azan, Bilal tak
pernah lupa utk mengetuk sebuah bilik kecil di bahagian bawah tangga itu dimana
itu ialah bilik Rasulullah. sebab itulah, selepas wafatnya Baginda, Bilal
berasa tersangatlah sayu untuk melaungkan azan di Madinah kerana sebelum ke
atas menara tersebut, pasti akan melalui bilik kecil tersebut.)
Kemudian setelah permintaan sahabat ditolak, datanglah dua
orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, iaitu Hasan dan Husin. mereka berlari
lari anak kepada Bilal dan betapa Bilal berasa senang hati dan sejuknya
pandangan sehingga Bilal memeluk permata Rasulullah tu erat erat. diciumnya
mereka seperti mana Bilal mencium Rasulullah ketika hidup. Tiba-tiba Hassan dan
Husin meminta Bilal untuk melaungkan azan sepertimana beliau pernah laungkan
sewaktu Rasulullah hidup dahulu. oleh sebabnya kasihnya Bilal kepada Baginda,
dan mengenangkan bahawa Hasan dan Husin itu keturunan Baginda, Bilal bersetuju
untuk melaungkan azan.
Eetelah sekian lama , kini Bilal bin Rabah membuat
kemunculan dengan melaungkan azan buat pertama kalinya setelah kewafatan
Rasulullah SAW di Madinah. apabila azan dilaungkan, seluruh pelusuk penduduk
Madinah terkejut, semangat dan terus keluar daripada rumah masing masing dan
menyangka bahawa Rasulullah telah hidup kembali kerana kerinduan mereka kepada
Baginda apabila terdengar azan yang dilaungkan Bilal, memang mereka ingat yang
Baginda seolah olah hidup kembali.
Bilal bin Rabah pun memulakan azan dengan menyebut الله أكبر الله
أكبر , seluruh penduduk
terdiam . Kali kedua Bilal sebut الله
أكبر الله أكبر , bercucuran air mata para sahabat :') .
mereka merasakan seperti Rasulullah ada bersama mereka ketika tu . Bilal
kemudiannya menyebut أشهد
أن لا إ له
إلا الله , dan bila Bilal sebut أشهد أن محمدا
رسول الله , Beliau terus terduduk
dan menangis teresak esak . Para sahabat datang kepada Bilal , tanya kenapa
dangan beliau . Beliau berkata "aku amat merindui Rasulullah . Dan sewaktu
aku menyebut أشهد أن محمدا رسول
الله aku seperti
ternampak nampak Rasulullah sedang datang untuk solat bersama sama kita" .
Setelah penduduk mengetahui perkara sebenar (dan jangkaan
mereka mengenai Rasulullah kembali itu tidak betul) mereka teruss menangis
kerana perasan RINDU YANG TERAMAT SANGAT terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad
SAW. :'(. laungan azan Bilal bin Rabah yang begitu indah mengembalikan setiap
detik dan saat bersama Rasulullah ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment