Setelah nabi Adam ASdihantar ke
dunia kerana kesalahannya memakan
buah larangan maka Allah SWT telah
memerintahkan malaikat Jibril AS
supaya mengambil api dari neraka
untuk dihantar ke dunia untuk
kegunaan nabi Adam AS. Maka Jibril
AS pun diperintahkan utk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga
api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah
utk mengambil sedikit api neraka utk
dihantar ke dunia bagi kegunaan
Adam AS.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : sebesar kurma. .
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau
bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat
kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah
kurma…
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini
engkau letakkan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril AS pun menghadap Allah untuk
mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan
supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke
dunia. Maka Jibril AS pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah
tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu
terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di
syurga dan sebanyak 70 buah sungai. Selepas itu Jibril AS pun membawa api itu
turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi.Sejurus setelah diletakkan
api tersebut,tiba- tiba bukit itu terus meleleh dan cair.Maka cepat-cepat
malaikat Jibril mengambil semula api tersebut dan menghantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yg sering
kita gunakan untuk pelbagai keperluan termasuk api gunung berapi dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment