Tuesday 15 November 2011

"i love you".


bOy : aku akn buat kO ckp " i lOve u".
girl : tak mungkin !
bOy : Okeh,kita tengOk...ckp ' ketam masak kicap '.
girl : ketam masak kicap !
bOy : ckp ' pOwer rangers merah demam '.
... girl : pOwer rangers merah demam !
bOy : berapa umOr kO ?!
girl : 23.
bOy : haa,kan aku dah berjaya buat kO bgtau umOr kO...:D
girl : syial lah...td kO ckp nak buat aku ckp " i lOve yOu "...huhh !
bOy : kO baru je sudah ckp...hahaha....
girl : errrrkkk.....!benciiiiiiiiiiii.............

Wednesday 10 August 2011

anakku hilang sudah......





Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”




Monday 8 August 2011

tips nk pergi bazar ramadhan..




TIPS KE BAZAAR RAMADHAN:
1. bawak duit cukup2 je...jgn bwk lebih2...nt nafsu terlebih...
2. fikir ape nak beli sebelum nak pegi
3. kalo amik nasi,mintak je nasi lebih,coz xde charge tambahan..
4. kalo amik lauk,contohnye ayam,amik je skali daging yg kecik2 tue,tengkuk
ayam,hati,sume tuela...coz xde charge tambahan...
5: NI YANG PALING BEST SKALI....PEGI LAGI 20 MINIT NAK BERBUKA...AIR DIA JUAL 3 SERINGGIT...NASI AYAM 2 RM5.00...KUIH KALO BELI KOMPOM DIE BAGI PERCUMA. hehehe..~nik mOhd~!!!

Sunday 7 August 2011

ponder it..!!!!!!!



Perkataan yang cantik 'ALLAH'
Lagu yang merdu 'AZAN'
Novel yang menarik 'AL-QURAN'
Senaman yang baik 'SOLAT'
Diet yang mujarab 'PUASA'
Selamat menyambut "BULAN RAMADHAN" yang penuh dugaan dan rintangan ini serta permudahkanlah cabaran yang kami lalui ini YA ALLAH..AMIN...

Saturday 6 August 2011

kecewa melandai ku..



Ayam didik disambar helang
dari sumur sampai kekali
Tinggal cik adik abang pulang
Panjang umur jumpa kembali

Puteri di taman memakai gelang
Rambut berjurai bawah mahkota
Bunga idaman disambar helang
Jatuh berderai si air mata

Sayang-sayang mabuk kepayang
Bunga ditangan disunting kumbang
Belum dapat abang sayang
Sudah dapat abang terbang


Melompat belalang seperti disampuk
Melihat memerang hendak berperang
Apa malang si bujang lapuk
Bunga ditangan disambar orang

Kalau bunga dikacau kumbang
Habiskah layu kering mati
Bila berjauhan hatiku bimbang
Adik akan berubah hati

Walau bunga kembang setaman
Bunga mawar masih dipuja
Walau ramai menjadi teman
Dalam hatiku dinda sahaja

Hendak kusukat air madu
Dari guri kedalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang

Kalau ada sumur diladang
Mandi jangan di bulan terang
Apa nasib celaka badan
Tunangku hilang dilarikan orang

Kayu jati buat tenggala
Kerbau berdua dipakaikan galang
Rasa hati bagai nak gila
Ayam seekor disambar helang

Tikus berangan menjadi singa
Asah senjata atas beras
Gamat kompang perit telinga
Air mata mengalir deras

pantUn empat kerat...



Di sebuah sekolah di pedalaman Pahang....yang penduduknya majoriti penduduk Orang Asli, telah menerima kehadiran seorang guru baru. Guru tersebut mengajar matapelajaran Bahasa Melayu. Setelah beberapa episod di sekolah itu, tibalah waktunya guru tersebut mengajar Pantun Melayu kepada anak-anak muridnya.

Guru : Murid-murid,hari ini cikgu hendak mengajar Pantun 4 kerat.

(proses P&P pun berjalan dengan lancar)

Untuk memantapkan lagi proses P&P, guru tersebut pun memberi contoh pantun.....tapi hanya 2 kerat saja , yang lagi 2 kerat tu...guru tersebut minta murid selesaikan memandangkan pantun tersebut adalah pantun yang popular di kalangan masyarakat Melayu...

Guru : Baiklah, siapa yang boleh lengkapkan pantun ini...

DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG
......................
......................

Tak seorang murid pun yang mengangkat tangan...jadi guru tersebut terpaksalah memanggil nama murid untuk selesaikan pantun itu......

Guru : Min, cuba selesaikan.

(Min pun bangun dengan bangganya)

Min : DUA TIGA KUCING BERLARI
MANA NAK SAMA SI KUCING BELANG

NAK SHAMER, SHAMER LAH,
TAK NAK SHAMER SHUDAH.

Thursday 4 August 2011

Disuntik,puasa saya batal tak Dok??

“Tadi pagi setelah sahur, aku main basikal, terjatuh. Kaki kananku tergeliat dok, sakit sekali.”Kata si pasakit yang berbadan besar itu sambil memegangi tumit kanannya.
“Wah, bengkak nih. Saya suntik anti radang ya, biar cepat hilang sakitnya.”Kataku.
“Baiklah dok.”
“Disuntik batal tidak dok?”Tanya istrinya.
“Nah, menurut ibu bagaimana? Saya nie tidak berpuasa.”Kataku terus terang.
“Ada yang kata batal, karana ada cairan masuk ke badan. Ada yang kata tidak, karena toh masuknya tidak ke mulut dan hanya untuk pengobatan saja.”
“Nah, kalau bapak ragu-ragu, sebaiknya tidak payah disuntik, saya kasih resep ubat saja, tetapi resikonya baru makan ubat nanti waktu berbuka. Jadi bapak menahan sakit 8 jam lagi. Tetapi kalau yakin tidak batal, saya suntik, rasa sakitnya hilang dan bapak bisa melanjutkan puasa dengan sakit yang berkurang.”Kataku.
“Yakin, saya yakin tidak batal dok!”Kata si bapak.
“Ibu bagaimana?”Tanyaku.
“Yakin dok. Kasihan kalau bapak kesakitan sampai 8 jam lagi.”
Lalu si bapak disuntik dan setengah jam kemudian sakitnya hilang.
Saya belum mendengar atau belum baca ada fatwah resmi soal menyuntik orang yang berpuasa, apakah membatalkan atau tidak. Tetapi karana si pesakit ragu-ragu, saya tawarkan keyakinannya diperjelas dahulu. Kalau yakin tidak batal, dia lanjutkan puasanya. Kalau dia tidak yakin, lebih baik tidak disuntik.

Wednesday 3 August 2011

starting for me....



hui..hui..assalamualaikum!!!
BLOG???
huh malas ase nk buat benda nie pada mulanya..
tapi??dah terkena pengaruh member2 yang buat hati aku nk buat benda nie...huhuhu
tambah-tambah lagi kt kolej nie pula ada line streamyx.hahahah.
lagi la senang nk buat blog nie..
kalau line streamyx tak ok aku rasa malas dah nk buat....
my blog is simple but have a lot of advise for us...okay
read and understand its.