Saturday 6 August 2011

kecewa melandai ku..



Ayam didik disambar helang
dari sumur sampai kekali
Tinggal cik adik abang pulang
Panjang umur jumpa kembali

Puteri di taman memakai gelang
Rambut berjurai bawah mahkota
Bunga idaman disambar helang
Jatuh berderai si air mata

Sayang-sayang mabuk kepayang
Bunga ditangan disunting kumbang
Belum dapat abang sayang
Sudah dapat abang terbang


Melompat belalang seperti disampuk
Melihat memerang hendak berperang
Apa malang si bujang lapuk
Bunga ditangan disambar orang

Kalau bunga dikacau kumbang
Habiskah layu kering mati
Bila berjauhan hatiku bimbang
Adik akan berubah hati

Walau bunga kembang setaman
Bunga mawar masih dipuja
Walau ramai menjadi teman
Dalam hatiku dinda sahaja

Hendak kusukat air madu
Dari guri kedalam loyang
Semakin dekat semakin rindu
Saban hari semakin sayang

Kalau ada sumur diladang
Mandi jangan di bulan terang
Apa nasib celaka badan
Tunangku hilang dilarikan orang

Kayu jati buat tenggala
Kerbau berdua dipakaikan galang
Rasa hati bagai nak gila
Ayam seekor disambar helang

Tikus berangan menjadi singa
Asah senjata atas beras
Gamat kompang perit telinga
Air mata mengalir deras

No comments:

Post a Comment