1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam
tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu
bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25
ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu
Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam,
lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul
berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok
Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri
poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang
disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan,
jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah.
Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan
orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi
yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara
ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki
sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w.
menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan
lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan)
hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di
akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu
memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat
yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam
selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa
berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat.
Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan
berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal
selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat
menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan
kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain
ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan
munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya
daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada
seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan
langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan
tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama
baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis
tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan
dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita
daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146
No comments:
Post a Comment