oleh Abu Basyer
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda yang bermaksud
:
“Tujuh golongan, Allah akan menaungi
mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya :
Pertama : Imam (pemimpin) yang adil.
Kedua : Pemuda yang membesar dengan beribadah kepada Allah.
Ketiga : Insan yang hatinya terpaut dengan mesjid.
Keempat : Dua insan yang berkasih sayang kerana Allah,
mereka bertemu dan berpisah kerana Allah.
Kelima : Insan yang di ajak (di goda) oleh wanita yang
berpangkat dan cantik, lalu ia berkata :
‘Sesungguhnya aku takutkan Allah’
Keenam : Insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan
kanannya.
Ketujuh : Insan yang mengingati Allah secara bersunyian lalu
menitiskan air matanya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Berdasarkan daripada hadis di atas , dapatlah kita mengambil
pengajaran bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang beriman dan bertakwa
akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT di hari akhirat nanti
ketika itu tidak ada perlindungan lain yang akan dapat menyelamatkan manusia.
No comments:
Post a Comment